Risau la pulak sekarang ni. Lepas beralih tahun ni, baby asyik tak sihat jer. Demam, then selsema, now ni batuk pulak. This is the first time baby kena batuk. Sampai terganggu tidur malam dia. Mummy pun jadi tak leh tido. Kenapa ye baby asyik tak sihat? Gi klinik, Dr kata coz dia selsema hari tu, so sebab tu skrg ni batuk. Batuk berkahak. Aku cuma risau takut melarat jadik athma jer. And berat baby pun tak naik. Umur satu tahun, baru 8kg. Lahir hari tu 2.8kg. Maknanya pertambahan cuma 5.2kg. Walaupun baby sentiasa aktif, tapi mummy berhati walang lagi.
Aku memang fully bf baby. Orang kata, minum susu ibu, anak jadik sihat and jarang sakit2. Tapi berlainan la pulak buah hati aku ni. Tiap2 bulan mesti demam. Walaupun dia tak merengek, tapi hati seorang ibu, tetap risau. Antibodi dia macam tak kuat. Ikut abah. Ke susu mummy kurang khasiat? Or mummy tak cukup makan sampai zat tak diserap dalam susu? Abah dah berura2 nak tambah supplement dengan susu formula. Supaya ada zat tambahan. Gundah gulana hati mummy. Patutnya susu mummy lagi berkhasiat dari susu formula. Apa salah mummy?
Sebelum ni, baby makan memang semangat, even berat tak tambah. Tapi dah masuk setahun ni, selera makan makin kurang. Kenapa bie? Mummy masak tak sedap ke? Baby jemu makan nasik ker? Tapi lauk rasanya pelbagai. Mummy masak ubi rebus pun baby tak nak jugak. Skrg ni asyik nak makan roti jer. Roti ada karbohidrat jer. Baby kena ambik protein and zat besi untuk pertumbuhan pembesaran. Tolonglah mummy wahai anakanda. Makan yer….. Risau mummy.
Mummy tahu baby sekarang minat naik basikal. Nanti mummy belikan ye. Tapi baby janji kena makan banyak2, tau. Janji dengan mummy yer…..
Semalam mummy main2 dengan baby, ambik tangan baby usap2 muka mummy. Mummy kata, " Sayang mummy…. Sayang mummy…" Tiba2 jer baby buat muka sedih and menangis. Hiba hati mummy. Sayu lak rasa. Kenapa baby jadik sedih bila usap muka mummy and mummy kata Sayang Mummy…? Waktu mummy menaip ni, mata mummy jadik berkaca. Mummy rindu baby. Lepas kerja nanti mummy ambik baby kat rumah atuk yer…. Tunggu mummy balik tau. Tunggu kat depan pintu ye…… Hmm.. kenapa mummy sedih lak hari ni? Ker sebab seminggu mummy cuti, siang malam nampak baby, main ngan baby, bila start keje balik hati jadik rindu? Feel like hugging you right now. Jangan lupa, tunggu mummy depan pintu kul 7 nanti yer…………
Hugs and kisses…..
Love you always.
-Mummy-
5 comments:
surat utk anakanda erk.. kalau la dia pandai membaca & membalas surat nie.. dia mesti akan type..
.. mummy jgn la risau.. anakanda macam nie sbb nak membesar.. mummy pun kena jugak jaga kesihatan tue, nanti kalau mummy pun tak sihat cam maner mummy nak jaga anakanda.. take care ya mummy.. anakanda pasti akan tunggu mummy balik pukul 7 nanti depan pintu pagar rumah atuk..
jgn la risau, kanak2 nak membesar mmg macam tue.. :)
hehe! anakanda pisces lak yg membalas surat mummy. err.... anakanda pisces, rumah atuk takde pagar, so anakanda tunggu depan pintu je la ye. toksah turun tangga tau. bahaya... kihkih!
dlt...jgn risau sgt tentang perkembangan baby tu...yang penting dlt makan yang berkhasiat untuk baby...cuma minum lebih susu dan makanan yang berzat. Anak2 kadang bila mula pandai berjalan dia ade bende baru yang baru dipelajarinya hingga lupa tentang bende2 lain...
Anak2 ni ade peringkat2 dia...kadang dia takmo makan bila dia dpt kepandaian baru...atau ade orang kata sedang nakal....tu sebab berat badan berkurang.
Cuma pastikan dia makan nasi/bubur dengan segala macam perencah sayur & ayam atau daging di dalamnya. Biar antibodi dia kuat. Dlt ade cuba makan spirulina tak untuk menambah zat pemakanan...orang kata kalau kita menyusukan anak...cuba makan spirulina sebab ia menjadikan antibodi anak lebih kuat...cubalah...kak lady makan spirulina Elken untuk menjaga kesihatan...alhamdulillah...jarang sakit2...
hihihi.. mummy rumah atuk nyer pagar dah cabut erk...?? muahahhaha... *guling-guling gelak*
tu dia.. nasihat dari kak lady.. nasihat dari pakar tue, 4 org dah.. tapi masa sy jaga adik dulu pun mmg macam tue, diorang nak membesar.. cuma takut, ader sesetengah baby tue, diorang nak membesar, akan demam dll.. yg penting antibody diorang kuat macam kata kak lady.. so, jgn risau erk..
kak lady, masalahnya baby skrg ni payah tul nak makan nasik. kengkadang terpaksa wat pasta. tu yg hubby pening. dia kata makan western la pulak. hihi! ni penangan mummy dia byk makan western food masa pregnant dulu kot. apa2 pun, nasihat kak lady akan saya ikut. otai tu....
pisces, bukan pagar kena cabut, memang tak pernah berpagar pun. hehe!
Post a Comment