Friday, March 16, 2007

Jujur

Lepas Dj Pool (klfm) nyanyi lagu ni kat Family Day Cherating hari tu, and lepas kitorang pun ramai2 nyanyi, aku jadik tersuka lak ngan lagu ni.


JUJUR

Duhai kekasih pujaan hatiku
Apakah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji
(*)
Buktikanlah bila ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama
Reff:
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkanlah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
O... Ho... O... Ho...
Jujurlah padaku bila kau tak lagi suka
Tinggalkanlah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya
Kembali ke: (*)
Kembali ke: Reff


Proud to tell that I'm officially berharta sekarang ni. hehe! Dah habis bayar kereta, so it is officially mine now. And hubby's car pun dah habis bayar. Wuhuuuu!!! Next step is rumah la pulak. Tempat dah ada, tengah process loan ni. Tapi ada masalah skit. Mintak2 la yang meluluskan permohonan kitorang ni. Amiin...

Weekend ni, jenjiran ku yang happening tu nak wat BBQ. Apa ek aku nak tambah? Tangan mak ni keras. Wat apa pun tak berapa sedap. huhu!

Dah beberapa malam jenjiran lorong aku wat RT. Hubby lum join lagi sebabnya dah 3 malam hubby 'RT' kat ofis jer. Keje lik pagi. Hidup pun cam dah tak betul. Pagi ni hubby complaint rasa cam biul jer keje malam. Camno ler orang yang keje shift? Tak tercapai dek akal nooo......

Cite pasal RT ni lagi, amboi!!amboi!! kan main meriah diorang ni wat RT. Sampai aku terjaga. Tapi salah satu sebabnya tertunggu2 hubby lik sebenarnya. Tapi bila terjaga tu, dengar barang jatuh la, orang dok berborak2 la. Sib baik la mak ni jenis "Aiman tak kisah". huhu! Adik aku ngan SIL aku yang tak tahu diorang ni wat RT siap cakap dengar suara orang bercakap kat kuar kul 4 pagi. Naik cuak diorang. kahkahkah! tergelak aku dengar. Sib baik tak call polis. muahaha! Sebab musabab wat RT ni sebab kitorang dah terminate guard yang tak berapa produktif tu, and a few days after that ada rumah kena rompak guna pukau. eeeiiii.... takut wei!!

Baby setakat hari ni ok. semalam berdarah lidah terjatuh atas alat urut kaki atuk. Menari kemain ligat ngan sepupu2 dia kat rumah atuk. sib baik tak runtuh katil cik yan.
Vocab baby pun makin bagus. Nanti wat entry pasal vocab baby, kay

Before I sign off, I wanna wish Happy Birthday to my friend, Laser. Semoga sentiasa berbahagia disamping isteri dan anak2 dan bakal anak ketiga. Hadiah? hehe! as usual la, aku kumpul2 dulu. Janjinya nak bagi hadiah dari sebelum kawin, dah kawin sampai la anak nak masuk 3, pun tak bagi2 jugak. kuikuikui!

Tarra for now. Enjoy ur weekend.

3 comments:

pekan said...

yeahooo.. seronoknyer dah abis bayar kete..

aku nyer kete lagi 3 tahun woo.. lamanyer la..

aNIe said...

Seronok kan bila semua dah abis bayor...dah tak kene pikir aper2 lagik...

Dah dpt umah ke? Kat maner?

dlt said...

pisces: tiga tahun tak lama. pejam celik dah pun selesai. ekceli sampai hujung tahun ni baru habis, tapi sbb dah tinggal skit jer lagi, bayar habis, dapat la rebet skit. 7 tahun tu membayar kereta...

kak lady: dah book tapi tengah process loan. ada masalah skit. tak tau la ada rezeki ke tak. kat Alam Budiman. doa2 ye.