Monday, August 20, 2007

Citer ttg Anak 2

Sepasang kaki milik Hani 'Adalia.


Masa 6 bulan dok Master skill merangkak,

tapi lutut tak cecah lantai. Konon nak jaga lutut tak nak hitam tu.... :)


Kite citer pasal Hani 'Adalia lagi lah.

Hani 'Adalia skrg dah leh cakap 2-3 perkataan, cuma kengkadang tu terbalik2 skit cam omputeh.

Kengkadang tu jadik singkatan jer, ada yang paham ada yang tak. Kalu tak tu, iye kan ajer la.

Perkataan feveret, MANA...

Abah mana?

Mana Mummy?

Atok mana?
Cik Yan mana?
Cat mana?

Mata tak celik lagi pun leh tanya, "Duck mana? Bear mana?"

Semuanya MANA? Baru lepas babai atok, kete baru bergerak dah tanya,"Atok mana?" berulang2 kali. Alahai....

Nak cakap kaki dia kat muka Mummy jadik "Kaki Mummy". Terbalik kot sungguh. Sekarang ni dah ok skit. "Kaki Hani. Kaki Abah. Kaki Mummy."

Semalam makan buah ngan Cik Milin.
"Nak. Bak. Nah." (Ni kes salah penggunaan perkataan Nah ler ni... nak tapi jadik Nah!)
Bila Cik Milin bagi, tetiba jer," Ashih" (Terima kasih ler tu)
"Sama-sama". B4 this bila kite suruh cakap tq, dia senyap jer, semalam tetiba jer leh sebut. Agaknya selama ni dia cuma simpan dalam kotak rakaman and semalam baru rasa cam nak try guna perkataan tu.

Nak balik dari rumah atok skrg ni, dah pandai bagi salam. "Akum!" pastu atok jawab,"Waalaikumussalam". Dia leh jawab jugak,"Akum alam".

Bila masuk dapur ke, tengok orang dok bakar sampah ker, dia akan sebut,"Api! Api hot!" Hehe! tau lak, sebab tu dia tak kacau sgt kalu tengah masak kat dapur.

Tapi baby tau bezakan hot and cold. Kalu pegang cawan, test dulu hot ker tak. Kalu kuar tghari, ada matahari pun dia sebut "Panas" gak. Tapi dia tau la bezakan dua tu.

La ni kalu makan, pedas jer, otomatik sebut "Dass.." Tapi kalu setakat pedas sikit2, dia bedal jer.

Vocab baby memang dah makin mantap. 2-3 hari ni, asyik dok mengikut apa orang cakap jer. sebab tu kalu nak cakap depan dia skrg ni kena hati2 skit. main sebut jer dia apa yang dia dengar. Pernah sekali aku dok borak2 ngan adik, biasalah aku ngan adik aku ni selalu guna aku-mung. Baby tengah nenen. Sekali dia tarik2 baju sambil panggil,"Mummy! Mummy!"
"Ye?" "AKU! AKU!" Mak datok! Terkezut mak! Cik Milin dia gelak2 jer. Huhu!

No comments: