Tuesday, November 06, 2007

Mummy cry.....

Since Hani 'Adalia dah pandai bercakap ni, we are very impressed with her vocab.
Kalu aku pura2 menangis, Hani 'Adalia akan datang dekat2.

"Mummy cry..."
"Jangan cry laa..." (Sambil usap2 kepala aku)
"Napa cry?"

Wakaka... sebijik cam orang besar. Apa kita cakap kena hati2 sebab baby mudah sangat ikut.

Last Sunday, while watching tv, she was busy me'lukis' atas kertas sambil mencangkung. Aku tengok tv ni ada la adegan yang extremely dangerous, makanya mummy ni terlupa lalu menyebut," GILO!" Dan dan tu jugak dalam dok mencangkung tu Hani 'Adalia pun menyebut, "GILO!" tapi mata still tertumpu pada kertas lukisan dia. Masya-Allah! Berdetap hati Mummy. Ayah Su gelak giler. Next time kena beringat yang baby sekarang cepat sangat pick-up.

Sejak dah tinggi skit konon-kononnya ni, hobi Hani 'Adalia suka tarik tutup pintu. Kuar bilik, tutup pintu. Terjingkit2 pegang tombol sambil berundur sebab nak tutup pintu. Dia rasa satu pencapaian yang sungguh membanggakan bila dapat tutup pintu. Hari tu, dia berjaya tutup pintu bilik Cik Milin. Then dengan bangganya dia bagitau Ayah Su," Hani tutup pintu. Hani tutup pintu. (Ulang lagi sekali kot Ayah Su dia tak dengar) Pandainya.... (Ni puji diri sendiri)." Ingatkan dah habis, tetiba, "YESH! (Siap ngan tangan2 sekali)" Terkujat adik aku. Hehe!

Kadang2 tu, bila dia nak baring, dia akan cakap," Hani penat. Hani nak bom."

Perkataan feveret sekarang ni, TAK PAYAH!

"Makan nasik meh."
" Tak nak! Tak payah! Tak payah makan nashik"

"Minum susu Enfagrow nak?" (Sambil sua botol kat dia)
"Tak payah! Letak shana."(Tangan dok tunjuk suruh letak botol susu atas meja)

Since I'm now pregnant, I'm slowly trying to wean her off. So at least bila dia 2 tahun nanti, takdelah susah sangat dia nak stop bf. Entahlah! Allah tu Maha Kaya. Before ni punyalah susah nak bagi susu formula kat dia ni. But one day, tetiba jer dia leh minum susu formula. Agaknya instinct budak2, tahu dia nak dapat adik tak lama lagi. Tapi waktu kat rumah MIL jer la. Kalu nampak mummy, mula la cakap," Tak Payah! Tak payah shushu Epegow. Nak shushu mummy."

Gigi baru ada 9 batang. Depan atas 4 batang, bawah 2+1 yang baru nak tumbuh, geraham atas kanan satu, kiri satu. Lambat tul tumbuh gigi kan? Dah nak masuk 2 tahun December ni. Tapi rajin gosok gigi. Tiap kali mandi," Nak oshok gigi." Selagi tak nampak ubat gigi atas toothbrush dia tu, selagi tu mintak.

Kalu gi jalan ngan mummy naik car, sebaik dok dalam car seat dia," Mummy, pakai sheat belt." Nak suruh pakaikan seat belt kat dia la tu.

Tapi Hani 'Adalia ni sah2 anak abah. Pantang nampak kelibat abah, mummy terus dilupakan. "Abah, jalan."
"Abah, pakai shiper."
"Abah, turun."
"Abah, meh dok shini."

Semuanya abah lah. Sib baik la abah ni jenis yang layaaaaan.......

Kalu 2-3 kali dia panggil abah tappi abah wat derk jerr.... mula la, "Shayang! Shayang!" Amboi! Panggil abah 'sayang' tu. Ikut mummy cakap. Bertuah punya anak.

Bezanya abah ngan mummy, abah tak pernah sekalipun marah Hani 'Adalia. Yang selalu naik suara mummy. Tapi kena lah ada yang tegas sorang kan? Kalu dua2 ikuuut jeeeee, naik lemak la pulak. Apa-apa pun, Hani 'Adalia tetap anak abah dan mummy. Love you!

p/s: Hubby exam hari ni. Moga dapat jawab dengan tenang ya Sayang! Wish u luck! My doa with u always. Love, wifey.

5 comments:

tee said...

tahniah dee.. ermm, ramai gak yang menambah umat ni... rejeki...

Anonymous said...

eh! dah start blogging. dah sihat ke? hopefully baby ok. thanks :)

Anonymous said...

cutenya hani 'adalia! semoga dia mebesar jd anak solehah amiin.

Anonymous said...

SILA LAYARI http://mix-macth.plazacentre.net
PAKAIAN KANAK2 PADA HARGA RUNTUH
:wave: :wave: :wave: :wave: :wave: :wave:

dlt said...

mami hafiy,amiin jugak atas doa tu.
kalu dengar dia bercakap skrg ni, lagilah syok. sampai atuk pun cakap kadang2 sakit jiwa ngan budak ni. kelakar.