Hmm. Lama menyepi dari blog ni. Lama jugaklah tak cerita pasal my babies.
Lil baby, last 3/3/08 gi wat check up. I was in my 28 weeks masa tu. Kena sound dgn doc sebab jarak masa betwen check ups agak lama. I supposed to start my once a fortnite check up oredi. Hehe! Mana tau Doc. Lama tak pregnant. Latest photo of lil baby. Actually this is the 4th foto but the 3rd foto mummy lupa mana letak. Kalau jumpa nanti post yer. Lil baby is around 1299g. Since mummy dah 7 months preggie, so dalam masa 2 bulan lebih ni, lil baby kena gain around 1 kg baru nanti tak de problem. Insya-Allah!
lil baby at 28 weeks (030308)
Anak mummy yang sulung, sekarang ni makin bermanja-manjaan. Agaknya dia tahu kot nanti dah ada baby masa mummy dah terbahagi tiga. Abah, Kak Hani and Lil Baby. Kengkadang tu aku rasa sedih bila fikirkan cemana la anak mummy ni nanti bila ada adik. Mummy lak yang over,kan? Sebab tu skrg ni apa2 anak mummy mintak mummy layan jer. Tidur malam nak peluk2 mummy, tapi mummy tak leh peluk dia. Nanti dia rimas. Anak mummy ni bila malam mesti cari mummy, sikit pun tak cari abah. Sebab tu skrg ni kalau dia bangun malam nak nenen mummy bagi jer eventhough lepbih pada lepas gian / habit walaupun sebenarnya susu dah kurang sgt2. Kejap jer pastu dah nak susu botol. Walaupun mummy susah nak bergerak-gerak bila dah baring, mummy kuatkan semangat untuk anak mummy sorang ni. I love you Hani 'Adalia. Tanda2 jeles tu dah ada dah la ni. Kalau mummy ngan abah pegang tangan, nanti dia marah. So kenalah pegang tangan dia sebelah. Kalau abah cium tangan mummy, dia pun akan cium tangan mummy. La ni selalu nyanyi lagu I Love You yg Barney tu sambil peluk2 dan kiss mummy. Alaaa... cedihnya....
Gigi.... yang ni mummy lomah skit. Hani 'Adalia sampai la ni, 2 tahun 3 bulan ni, gigi still ada 11 lagi. Tu baru nampak nak tumbuh lagi 2 batang kat bawah. Maknanya nanti gigi depan bawah instead of 3 akan jadi 5 batang. Pelikkan? Hehe!
Last weekend tengok keputusan PRU12 kat rumah atok kat Segambut. Huhu! Punyalah gegak gempita bila Hubby, Bab, Kak Yan, Along dok menanda-nanda keputusan tu. Along tiap kali BN menang, bersorak. Bab dan Hubby tiap kali BA menang menjerit. Atok punyalah menjerit2 marah takut rumah dia runtuh. Huhu! Punyalah lambat keputusan tu keluar sampaikan kitorang ni tido kat depan tv jer dok nunggukan keputusan tu. Tak plan pun nak tido rumah atok tapi excited plus lambat sangat tunggu result tertido jadiknya. Hehe!
Keputusan PRU12 kali ni memang mengejutkan. Gelombang tsunami ni kiranya nih. So diharapkan lepas ni takde lagi menteri2 yang tido dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat. Jangan ingat kita kat atas akan sentiasa berada di atas. Muhasabah diri kenapa boleh jadik macam ni kali ni. Rakyat mahukan perubahan. Jangan lupa Rakyat yang memilih kerajaan, bukan Kerajaan yang memilih Rakyat. Tapi aku kira respek jugaklah kat Shahrizat tu coz walaupun kalah but still maintain cool jer. Tak melatah cam sesetengah orang tu yang langsung tak muncul2 dan still tak sedar diri. Hmmm... mana pigi itu bekas Mintiri Kerja Raya? Itu muka pun tarak nampak.
So, apa rasa berada kat negeri yang diperintah parti pembangkang? Too early to tell but let's hope for the best. Aku kalau harga minyak, harga tol dan harga barang2 tak naik pun dah cukup bersyukur. Tapi kalau dapat turun lagi cantekkk!!!
At least skrg ni BN dah tak leh buat sesuka hati kerana pastinya ramai ynag akan mempersoal, membangkang dalam Parlimen nanti. Itu yang kita harapkan. Insya-Allah. Moga2 Kelantan pun akan terus maju dan akan bukak O&G industry kat sana supaya ramai2 rakyat Kelantan akan dapat pulang berkhidmat untuk negeri terchenta.
I'll be on leave from tomorrow till Thursday. Anak cuti sekolah? Naah!!! My kid still too small untuk gi sekolah. My cousin is getting married tomorrow. Kat KT. So pagi2 buta besok fly ke TGG then after wedding, balik Kelate with my parents and we will be bz preparing for the wedding reception belah kelate on Thursday pulak. Will be back to KL that Thursday nite. Remember my Uncle yang sakit kanser tu? This is his son who is getting married. So kitorang sacrificekan cuti la untuk meraikan hari bahagia tu. Semoga Ayah Su gembira tengok ramai sedara mara datang. To Eznal, Selamat Menempuh Gerbang Perkahwinan.
That's all folks. gtg. Chiow!!!!
1 comment:
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥ cari buku kanak-kanak???? ♥♥♥
♥http://bookabook.fotopages.com♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
:wave:
Have u ever book a flight?
Have u ever book a cinema?
Have u ever book-a-book before?
Well, now u can.. with http://bookabook.fotopages.com
Where u can sit back, relax and shop at your own pace in the comfort of your own house..
Post a Comment