Wednesday, July 09, 2008

Ceritera bersalin....

Lum cerita lagi cemana bersalin hari tu kan? Hmmm… sungguh hectic.

1/5/08 (Khamis) – Labour Day. Sah2 la cuti,kan ?

2/5/08 (Jumaat) – Aku amik cuti. Kononnya nak relax2 la kat rumah before baby kuar. Ptg gi check-up, Dr wat VI, kuar darah. Tapi tak rasa sakit. Dr kata dah bukak 2-3cm. Dr suruh balik dulu, kalau sakit cepat2 datang. Tapi esok kena gak dtg wat follow-up check-up. Tak expect sungguh dah ada show since EDD lagi 2 wks (EDD 13/5/08).

Balik rumah, hubby kata dia kena gi Kuantan malam tu sebab nak kena hantar barang projek coz lepas bersalin nanti, hubby nak cuti seminggu so kena handover la mana2 yg patut. Hubby ajak gi sekali. Aku ok jer since takde rasa sakit. Masa aku berkemas, hubby tido jap. Sekali dah siap packing, kejutkan hubby, pu nyalah dia takleh bangun. Tido sampai ke pagi.

3/5/08 (Sabtu) – Pagi, aku rasa tak sedap hati dah nak jalan jauh. Bagitau hubby. Dia lagi la tak sedap hati nak tinggalkan aku kat rumah. Last2 discuss punya discuss, ofismate dia setuju jumpa halfway, meaning kat tol LPT. So siap2 la kitorang ni.

Bermula lah hari yang sibuk. Merayap naik Karak, hujan pulak tu. Sekali after one corner tu, tetiba kereta swing kiri kanan tak leh control. Sib baik tak laju and takde kereta lain. Stop kat tepi jalan yang kaki limanya sekangkang kera jer tu, check rupa-rupanya tayar belakang pancit. Nak ambik tayar spare, tayar spare lak takde angin. Hubby kata biasanya dia check angin selalu ada. Hmmm.. ni petanda ni. Sib baik ada sorang brader tow truck berenti kat seberang jalan and dia kata dia ada foot pump. Alhamdulillah. Dia la tolong tukarkan tayar bagai. Kawan hubby lama tunggu kat LPT, datang kat tempat kitorang. After selesai tukar tayar, gi la cari stesen minyak kat Bandar karak nak pam angin. Dalam hujan nih. Lepas kete dah selesai, hubby settlekan urusan keje dia. Alhamdulillah, dah tak yah gi Kuantan.

Dalam gambar: Kete yg pancit tayar, hubby, abg tow truck yg baik hati, tow truck abg tu seberang jalan dan yg merah tu kete ofismate hubby yg baru sampai lepas lama tunggu kat tol LPT.


On the way balik tu, singgah la makan kat McD Genting Sempah. By that time, dah pukul 4ptg. Cadangnya balik tu terus nak gi klinik wat follow-up check-up. Dr wat VI lagi sekali katanya dah bukak 4-5cm ni tapi tu lah, aku ni tak rasa sakit langsung. Dr suruh admit mlm tu tapi aku mintak admit pagi esok. So ok la.

Balik tu, since dah dekat ngan Giant, gi la shopping barang2 skit and had dinner there. Tapi masa dinner aku dah start rasa sakit2 skit. Lik rumah, singgah kat rumah BIL sebab dia tak berapa sihat and MIL pun ada kat sana. Plan ngan MIL nanti mlm Hani ‘Adalia dia bawak balik Segambut.

Around 9pm, lik rumah, mandi, siap2. By 10pm, kitorang dah on the way gi klinik sebab aku dah sakit every 6-8mins. Masuk wad sementara tunggu Dr datang. Kul 11 tu, sakit dah lebih skit dari tadi. Cam tak berapa nak tahan bila contraction datang. Dr check, katanya dah 6cm bukak, dia suruh gi labour room. Hubby call MIL, mintak ambikkan Hani ‘Adalia.

Aku naik labour room around 11.15pm, Dr masukkan drip, Hubby masuk around 11.20pm, by 11.28pm, Alhamdulillah lil baby selamat dilahirkan secara normal.

Aku pun cam blur2 jer lagi. Konon sebelum tu cakap ngan Dr kalau boleh nak bersalin 5/5/08. Senang skit ingat. Hehe! Dr leh gelak. Dr kata 4/5 pun tak sempat. Hubby lagi blur. Katanya baru nak bagi kata2 semangat tengok2 baby dah keluar. Apa2 pun memang kitorang puas hati la bersalin ngan Dr tu. Dr Ummul, thank you ! First time aku bersalin mengiring. Bila kepala baby dah betul2 nak kuar, baru Dr betulkan kedudukan and zussss….. baby meluncur kuar terus. Wakaka! Tak sempat wat apa2 pun.

Fresh from the oven. Baru 1 1/2 hrs checked out from mummy's hotel.


Baby keluar 2.6kg. Dah siap2 jahit, baby pun dah bersih, Dr suruh aku breastfeed baby. And Dr benarkan sedara2 yg kat luar tu masuk labour room. Hehe! Pengalaman baru tu. Diorang pun terkejut sebab cepat jer. MIL, Hani ‘Adalia, Mak Su, my BIL and his wife, penuh labour room tu. Hani ‘Adalia punyalah terkejut tengok mummy dok bf baby lain (before this dia jer yang dok nyonyot), tak nak senyum, tak nak pegang, tak nak kiss pun mummy. Sedih betul rasa hati. Kesian Hani ‘Adalia.

Masuk wad semula, hubby temankan kat bilik , bila tengok baby, rasa cam tak percaya jer. Macam2 jadik dalam satu hari tu, tetiba dah bertambah ahli keluarga. Oh ya! Aku muntah dgn banyaknya lepas bersalin tu. Habis segala mak nenek nasik yg makan dinner tadi keluar. Seketul2. hehe! Tapi just like before, lepas bersalin tu, aku tak leh nak lelap mata. End up kul 2 lebih kot tido.

Mama from KB tak sempat datang pun. Pagi tu tipon mama bagitahu dah kuar show but not to worry coz based on last experience, hari ketiga baru bersalin. Malam mama tipon bagitahu dia demam la pulak. Hehe! Demam terkejut ker ma?

So, tu lah citer pengalaman bersalin kali kedua. Hari yang sungguh sibuk, sakit yang sungguh sakit kat labour room tu, dan bersalin yang sungguh cepat. Apa-apa pun, Alhamdulillah semuanya selamat.

Nanti citer bab berpantang sendiri-sendiri pulak yer…..

6 comments:

aNIe said...

dlt...ni anak yang ke 2 kan?...orang kata anak kedua senang bersalin...akak bersalin yang kedua tak sempat nak buat aper dah...tolak masuk labor room tak sampai 10 minit dah keluar...hehehe

dlt said...

tu algi cepat kak lady. at least saya berjalan sendiri gi labour room. hehe!

Anonymous said...

deni, aku link kat blog mu dari FP aku ye.
btw, happy birthday!! :D

dlt said...

no prob. and thank you for the wishes. bertambah setahun umur. hehe!

Lollies said...

eh betullah. anak kedua memang senang aje keluar.

Alhamdullilah semuanya selamat.. dari kisah tayar sampailah kesah labour. itu namanya murah rezeki.

sekarang yang sulung dah sayang adik tak?

dlt said...

lollies, yg sulung sayang adik sampai tarik2 rambut, cucuk2 mata, baling2 bola. hehe! tapi tak selalu la. yang pasti, kalu adik dia nangis, tengah tido pun dia leh bangun bobok kan adik.