Tuesday, August 26, 2008

Apa ek.......?

Apa ek nak citer? Byk benda sebenarnya tapi kemalasan yg amat pun ada gak.
Rumah sewa
Still tak tau lagi leh extend ke tak rumah yg sewa skrg ni. Mampus la kalu last minit tak leh extend. Mana mau pigi?
Rumah baru
Eh! Dah citer ker dah dapat kunci? 31 July hari tu. Makanya byklah benda kena settle. Firts time nak masuk rumah baru, rupa2nya tak semudah yg disangka. Byk benda kena buat.
Bab survey mengsurvey ni time consuming sungguh. Weekend kitorang tak pernah ada kat rumah lah.
Kitchen cabinet (dah book)
Plaster ceiling (dah book)
Hood hob (dah book)
Grille (lum lagi. kenot decide nak yg cemana)
Lampu (lum)
Kipas (lum)
Extra wiring (lum)
Perabot2 (guna yg lama la kot dulu. bo lui oredi)
Karpet (KIV)
Langsir (mama nak sponsor tp design lum tau lagi)
etc.
Letih mak weiii....
Hubby
Hubby mungkin nak kena gi Kuantan esok lusa ni. Tak tau lagi la overnight ke tak. Alamatnya tido rumah MIL la aku kalu overnight. Lik of course ngan bas. dah lah asyik hujan jer petang2.
Hani 'Adalia
Kakak Hani skrg ni time tido sungguh tak betul. Last nite jer dekat 4am baru tido. Aku kul 12 lebih mata dah berat. Lepas baby adik tido aku pun zzzzz..... Biasanya hubby layan Hani sampai tertido, tapi semlm hubby tido, Hani lum jugak lelap. Tetiba tersedar Hani kejut, "Mummy, nak tengok Barney kat bawah." Berulang2 kali. Berangkut la aku ngan baby adik ngan Hani ke bawah. Suruh dia pasangkan citer Barney, nak tgk citer lain la pulak. Watkan susu, suruh dia baring. Aku pun sambung tido. Sekali, "Mummy, bocor." Uwaaa.... kena bgn lagi. Tukarkan pampers, seluar etc. Masa ni mmg ngantuk sgt, kul 3.30 pagi tu, geram dah ngan budak ni. Paksa tido kat sebelah. Esak2 nangis kena marah, baru tido. Sabor jer lah anak aku. Hasilnya pagi tadi terlambat bgn.
Kakak Hani n i hobi dia menyanyi. Suka amat menyanyi. Ikut abahlah ni. hehe! Lagi satu aku perasan, bila kuar iklan Hotlink yg katun ngan bunga2 tu, tersengeh sorang2 dia. kihkih!
Mengaler pun dia suka. Untuk umur dia, kira terer la. Sebab dia leh fokus dia nak kaler kat mana. Terkeluar2 tu biasalah. Lum 3 tahun maa..... Nantilah aku scan and tunjuk sini hasil warnaan dia tu.
Hani Humaira
Hmm.... cepat sungguh masa berlalu. Dah nak masuk 4 bulan anak tecit aku ni. Achievement so far, dah pandai gelak2 bila kena geletek, dah pandai guling2, balik2, bila meniarap kemain lagi tinggi angkat dada. tehehe! Dah start pegang2 skit2. Hari tu inject, timbang dah 6kg. Huhu! 6 kampit gula tu. Patutla senget mummy sekarang. And mummy rasa baby adik dah start kenal orang dah. Bahaya woo....
Hari tu ada wat kenduri skit. Panggil orang marhaban.
Mak (MIL)
Mak baru lik dari Padang, Indonesia. Bercuti selama 5 hari 4 malam ngan Bab n wife, Kak yan, Mak su and family belah lina (wife Bab). So maknanya aku pun bercoti jugaklah jaga anak2. dapatlah ole2 dari Padang.
Mama
Mama dah selamat wat engiogram (betul ker eja cam gini?) 9 August hari tu. Alhamdulillah, takde blockage. Tapi because of teh procedure, mama kena rest for a month or two. Bila la leh lik kelate ni? Nampak gayanya raya nanti je lah. Wendu sama mama....... hukhuk!
Ayah
Ayah lah yg jadik supir skrg ni kalu mama nak gi mana2. Jugak agaknya jadik nurse tak bertauliah kot. hehe! Andainya aku dok dekat ngan diorang, hmmm......
Aku
Bercuti 3 hari jaga anak2. Adoi la.... penat banget jaga kerenah kakak Hani.
Hari Isnin tu aku ke Tg Langsat nak gi visit site. Sekali tak leh masuk lah pulak sebab area tu kena evacuate coz of the fire incident. Hohoho! Melayanglah vitamin B mummy tahun ni nampaknya gayanya, bersama kepulan2 asap tangki 2 bijik tu.
Hari Selasa, aku ke Melaka pulak, tgk preparation revamp/TA. Ni bukan projek aku sebenarnya tapi sajer jer ngekor. hehe!
Sampai sini saja ceritera kali ni, kena sambung wat report smula. Buhbai.......

5 comments:

aNIe said...

dlt...dah dpt umah baru ke...seronoknya dpt hias2 rumah sendiri...

Semoga mama dlt akan segera sembuh...

dlt said...

dah dapat kunci kak lady. tak lari jauh sgt dari rumah kak lady. hehe! tapi tu la pening pikir bab renovate ni.
but at the same time sedih lah pulak nak tinggal jenjiran skrg ni. huhu! kengkadang ada gak rasa nyesal pindah tempat lain. huhu!

Sya said...

Adush kak sya baca kak sya yg letih benaunya

dlt said...

hehe! letih ek? sabau!

dlt said...
This comment has been removed by the author.