Wednesday, October 15, 2008

Cerita Ceriti....

Citer raya

Sebelum ni dah wat posting pasal raya, tapi bila nak publish tetiba error. Malas aku.

Raya kali ni, satu family demam. Musim kot. Maka jadiklah panjang cuti raya aku.
Raya pertama sampai ke2, kat Segambut.
Raya Ketiga, kat Bukit Subang, then petang bertolak lik kelantan. Sib baik tak jem tapi arah lik kl, kete non-stop.
Raya ke 4-6, gi rumah sedara mara.
Petang Isnin, bertolak lik kl.
Selasa & Rabu, aku MC.
Khamis, cuba2 gi ofis, tapi tak sampai half day, MC lagi.
Jumaat baru ok skit.
Penat kan?


Citer rumah

Confirm hujung bulan ni kitorang pindah rumah baru.
Tak leh nak extend dah.
Reno lum siap lagi. Huhu!
KC janjinya hujung bulan ni.
Wiring dah siap tapi PC maybe dalam next week kot.
Grill dalam next week gak.
Bosa2 grill kitorang, kasi takut itu fencuri ferampok. Hehe!
Rumah nak kena cuci
Barang2 nak kena pack.
Lum siap2 lagi…
Kipas lum habis lagi beli.
Mahal jugak menda alah tu.
Maakkk ! Duit kuar macam air terjun jer…..

Tak puas hati tul ngan contractor wat KC
Design kitorang nak tak kena ngan taste diorang
Punyalah payah nak finalized
Agaknya menyusahkan diorang kot
Fed up aku..
Last weekend gi tgk
Diorang tebuk dinding nak tambah wiring
Pecah sampai dinding luar
Tampal pakai simen jer
Sakit nye hatiii…..
Dahlah dinding rumah tu jenis batu-bata,
Bukan plastering
Camno diorang nak buat tu….
Hubby tak mo release duit selagi tak cantik


Citer Hani ‘Adalia

Hari tu raya, ken main seronok ramai sepupu sepapat
Cuma time main bunga api still takut
Kalu dgr mercun siap tutup telinga

Tapi wat perangai skit tahun ni
Tak mo salam ngan saper-saper pun
Kecuali atok wan ngan atok mak jer
Orang lain, hampeh…
Kengkadang duit raya pun tak nak ambik

2-3 minggu lepas suka main kat luar tak pakai slipar
Ni dah seminggu gatal2 tapak kaki
Serik dah lepas tu tak pakai selipar kat luar
Ha! Tu lah….
Tapi kesian, gatal sampai tak leh tido
Tergaru-garu sebab gatal cam kat dalam
Letak krim pun cam tak berapa berkesan
Rendam kaki dalam air garam jer..
Heiii anak mummy…


Citer Hani Humaira

Masa 4 bulan pandai golek-golek
ngan angkat montot gaya nak merangkak
7 October hari tu dah pandai ke depan
Before this bila angkat montot jer ke belakang
Now dah boleh ke depan
Dari gayanya cam cepat jer dia ni merangkak

Tiap kali gi kedai ramai yang geram ngan pipinya
Pastu cepat tersenyum
Banyak kali aku gi kedai, orang kedai tolong dukung kan
Hehe!

Gusi dah keras
So hobi sekarang suka menggigit
Paling tak tahan bila menyusu
Sakit woooo….. eventho gigit guna gusi jer…
Nak try ker?

Raya tahun ni raya pertama untuk Humaira
Orang hulur duit raya
Terer dia ambik dan pegang
Lepas tu apalagi
Masuk mulut la…

Ok lah, byk dah cerita. Summary semua skali. Entah bila leh update lagi. Till then, chow chin chow……..

No comments: