Monday, November 24, 2008

Pergi tak kembali.....

Hehe... ni bukan nak citer pasal kematian. Ni nak citer pasal pindah rumah.

At last, semalam, secara rasminya, kitorang dah tidur rumah baru. Dah handover kunci kat tuan rumah (walaupun bukan secara rasmi sebab tak jumpa pun ngan owner tu, janji nak dtg tak dtg2 gak, so tinggal jer kunci kat situ).

Selama beberapa minggu ni life kitorang cam nomad. hehe! basuh baju rumah MIL, lik jemur kat rumah lama. Jemur pun kat tangga jer sebab ampaian dah angkut rumah baru. Tido beralaskan karpet nipis dan toto single satu untuk anak2. Minggu lepas lagi lah, tv pun takde kat rumah tu. Cuma ada kain baju, tempat tido dan air panas nak wat susu anak jer.

So far, ok ler rumah baru. Cumanya masih banyak benda nak kena wat. Nak kena kemas. Fenat wei!!! Langsir pun gantung jer dulu yg mana ada. Sebab rumah baru ni siling dia tinggi, jadiknya langsir2 tu tergantung ler. Cam pakai mini skirt lak. Hehe!

Malam pertama, Alhamdulillah, semuanya ok. Harap2nya malam2 selepas ni pun sama lah jugak. Moga dilindungi dari segala bala bencana dan sifat jahat manusia (dan jin). Ameen.

Maka secara official jugaklah hubby dah tak berapa boleh melepak kat bistro tiap2 malam. Tak macam sebelum ni, tiap2 malam kat Bistro. Kiranya Bistro tuh dah jadi ruang tamu rumah lah, asal ada orang jer, mesti kuar nak entertain. Leh gitu? Tapi aku tak kisah pun. Sebab dah biasa. Dah 3 tahun hidup bersama2 Bistro. Haha! Cemana lar owner baru tuh nanti. Sure tensen bini dia. Laki biasanya tak kisah sgt benda2 gini. Terima jer lah. Jangan melayang periuk belanga dah ler.

In a way, bagus gak dapat spend lebih masa ngan family tapi aku kesian kat hubby sebab memang dah sebati lah kehidupan dia ngan Bistro. Kalu orang biasa, kehidupan terbahagi dua; kerja dan keluarga, tapi hubby (and most of the guys kat 13B tu lah), kehidupan terbahagi 3; kerja, keluarga dan Bistro. haha..... kalu outstesen, leh rendu2 nak lepak kat Bistro. Kengkadang takde nak tanya anak2 cemana, yang ditanya, ramai tak lepak kat Bistro. huhu...... kalu kena bini yang sensitip, mau makan hati tuuuuu....... Tapi macam yang aku bagitau lah, aku tak kisah sebab dah biasa.

So semalam, masa dok angkut barang2 last trip, jenjiran dok tanya hubby, "ni kira pergi tak kembali lah ni?" kuikui.... sebab before this kata nak pindah tapi tup!tup! ada jer muncul semula watu malam. hehe! Wahai jenjiran, this time it's for real. We have move out. Finally..... but we'll be back to lepak2 at Bistro.

5 comments:

Sya said...

He he wat saspen aje.. Selamat Berumah baru..

dlt said...

mekacih. terteefoo ngan tajuk yer kak sya.... tp fenat lah. mau mkn bulan baru settle nih.

pB said...

skrg dok mana??

tee said...

ermmm.. selamat mengemas.. benda yang ambik masa kekadang sampai 3, 4 bulan/.. hehee.. tu dari pengalaman Tee la..

dlt said...

kak pb, skrg ni dok kat shah alam gok. tapi pindah ke alam budiman.

tee, lama tak dgr citer. tapi betul lah apa tee kata. mmg tak habis2. heran cemana orang leh kemas sekejap jer.