Panjang ler pulok tajuk kali ni...
Ni nak cerita pasal undang2, pengamal undang2 macam kita orang biasa nih, penegak undang2 macam yang berkerjaya memakai sut hitam itew dan penguatkuasa undang2 yang kita pun tahu sapa...
Kitorang hari2 lalu kat Mahkam-ah yg besar bagak tuh kat Jln Dut-a nak ke rumah mak, 4 kali sehari... Kalu petang tak der masalah sangat. Tapi kalu pagi tuh, fuh... semenjak bangunan tuh beroperasi, aku tak tau la brp byk omelan dah terkeluar pasal sikap penegak undang2 yang nak ke bangunan tuh... Ni pasal sikap diorang di jalan raya la...
Traffik light kat situ lak boleh dikatakan bongok la jugak (those working with Je-Key-Ar, pls take note). From Jln Dut-a, jalan masuk 2 lane, kat traffic light tuh, satu lane belok ke kanan masuk ke bangunan yang gah itew, lagi satu untuk orang yang nak straight macam aku... tapi yang wat panas hatinya, pengamal2 undang2 nih suka2 occupied 2 lane sekaligus, block jalan pengguna lain macam aku. Kan aku kata traffic light tuh bongok...time hijau belok ke kanan dan terus tak sama. Hijau sama2, tapi yang belok ke kanan akan merah dulu, menyebabkan kereta2 yang nakbelok kekanan di laluan terus akan menyekat kereta2 yang nak terus. Sekarang nih kitorang dah tak kisah dah, ambik kiri bypass kat traffic light nak ke masjid tuh. Tensen dah nak hon2 manusia2 yang terlebih berkuasa nih... then from Segambut nak ke tempat keje pun, tensen lagi seklai kat tempat yang sama. Sebab diorang nih, seboleh2 nak jugak masuk, even lampu dah merah, still dok blok jalan kitorang nak terus.... cam berhenti dalam petak kuning la gitu cumanya area tuh tak de petak kuning.... hubby memang hon tak berhenti nya sampai leh jalan... mana tak panas, jalan kejap, dah merah sebab bila hijau, dok menunggu kete2 nih clear... tu belum masuk bab parking di tepi2 jalan kiri kanan lagi tuh.... memang tahu lah kerjaya diorang nih apa sebab sungguh bergaya sekali bila keluar kereta menapak ke bangunan tersergam besar itu.
Sebenarnya aku cukup tak paham dengan manusia yang mereka bentuk bangunan tersebut. Kenapa infrastruktur asas seperti tempat meletak kerata yang mencukupi tidak di ambil kira, lebih kepada reka bentuk luaran yang gah tanpa kemudahan asas yang mencukupi. Mengapa juga sistem aliran traffik tidak di kaji sebenar2nya kaji sebelum membuat keputusan untuk meletakkan susur masuk di tempat sekarang? Hmmm.... even pesalah2 pun lagi mendapat keutamaan dari kitorang yang menggunakan laluan tersebut... nenong... nenong.... dah leh masuk bangunan....
Pasal penguatkuasa undang2 lak, cuba kita perhatikan tuan2 yang dalam kereta peron-da, pernah tak nampak yang memakai talipinggang keledar? Toksah citer pasal yang kat belakang la... cuba perhatikan yang di depan tuh..... dalam sepuluh kete, nak jumpa satu yang pakai pun susah.... itu di dalam kenderaan rasmi... kalu kita sebagai pengamal undang2 nih, kalu tak pakai, fuhh.... siap kena saman.... kalu dalam kenderaan rasmi tuh,, apa kes?
Perumpamaan hari ini: Seperti ketam mengajar anaknya berjalan.... sendiri senget suruh anak jalan tegak...
Itu sahaja bebelan mak hari ni... renung2kan... dan selamat beramal... hehe...
No comments:
Post a Comment