Tuesday, January 05, 2010

1st day school

Hari ni 1st day Hani 'Adalia masuk sekolah. Selepas macam2 cerita, maka bermulalah alam persekolahan anak ku yang sulung.

Selepas 2 buah tadika, yang ketiga jugak yang ditakdirkan... Tabika KEMAS kat Segambut.

Sebelum sekolah tutup tahun lepas, kitorang dah survey tadika2 around MIL's nye area. 1st choice Tadika Islam kat Masjid Wilayah. Even dah bayar pendaftaran permulaan. Sib baik lum buat full payment. Tapi ada masalah transport la pulak. Takde van @ bas sekolah nak hantar lik rumah MIL la pulak....

So terpaksalah berpindah ke tadika yang lain. Pergi lah tengok2 Tadika Pasti. Lepas tanya transport semua ok, bayarlah pendahuluan. Ingat nak wat full payment hari ni lah, Selasa, sebab kelas dia start hari Rabu. Semalam hubby tipon orang van tuh, tak ler pulak dia ambik budak kat Pasti tuh... Dah... sudah..... Pening kepala. Dia kata dia cuma ambik budak kat Kemas jer...

Tipon transport lain, ada yang boleh tapi kat atas je ler, meaning MIL kena tunggu kat jalan besar. Ok lah, better than takde langsung.

Hari ni, pagi tadi, nak gi daftar kat Pasti tuh, rasa cam tak best jer sebab aku memang tak berapa sikit sebab tempat dia cam tak berapa happening gitu utk jadik tadika. Rumah 3 tingkat yang gelap sebab rumah tengah. Dan takde laman utk budak2 bermain. Dah sampai depan gate, dah bukak pintu kereta, then tanya Hubby," Betul ke nak sekolah ni?" Hubby suggest gi survey Kemas la kalu gitu.

Sampai Kemas, tengok bangunan dia, tengok cikgu dok handle budak2 dalam kelas, tengok kelas dia, tersuka la pulak. Hani pun cam ok jer. Tanya2 cikgu tuh, then cikgu tu terus ajak Hani join kelas ngan bebudak lain. Eh...eh... dah start sekolah terus hari ni... hehe... memula tuh dok peluk gak kaki Abah, then bila cikgu pimpin tangan, dia panggil Mummy. Aku cakap la aku tunggu kat luar. Dia duduk tu memula terjenguk2 gak kat luar... lama2 tak pandang dah. Aku ngan Hubby gi la uruskan fotostat2 bagai untuk pendaftaran. Dalam kul 10.30 gitu, gi jenguk, cam ok jer. Lik rumah MIL. Dekat kul 12 tghari, gi la nak jemput dia. Hubby dah deal ngan drebar van tuh. So bila balik tuh, Hani lik rumah naik van ngan kengkawan dia. On her first day tuh.. huhuhu.... sungguh terer anak aku... Tak nangis pun.... Aku kagum betul..... Mummy kagum... mak bangga u ollss.... hehehe...

So esok, bermulalah bangun pagi2 sebab sekolah dia start kul 8 pagi sampai kul 12 tghr. Dan esok mummy cuti nak tgk anak mummy nih... Malam nih baru nak gi beli kasut sekolah sebab Tadika nih pakai kasut sekolah, bukan macam yang 2 sebelum nih... Gitulah cerita hari pertama di Tadika, yang tanpa disangka2 bermula hari ni, instead of tomorrow....

Moga anak mummy nih enjoy ke sekolah....

2 comments:

Sya said...

Camana dpt lesen TAdika kalau intermediate unit sbb setahu kak sya utk Tadika syarat mesti rumah banglo atau corner lot,

dlt said...

Itulah kak sya, saya pun tak paham. tiga tingkat lak tu. tp cam town house gitu sebab belah bawah nursery. tadika tu kena naik tangga. gelap lak tuh... risau gak kot budak bertolak2 jatuh lak... KEMAS pun cam dah byk improve skrg nih.. tengok better than Pasti tuh...