Friday, April 27, 2007

Kisah Hari Jumaat

Semalam aku bermimpi yang tak best sangat. Tak pernah mimpi cam gini. Tapi tak de la pulak rasa berdebar2. Aku mimpi aku kehilangan ayahanda tersayang. Uwaaa.....!!!! Nasib baik tak teresak2 nangis dalam tidur. Aku tak berapa ingat what happened tapi yang aku tau ayah meninggal. Aku sedih! Tapi ramai kawan2 dia kata Alhamdulillah, semuanya selamat. Wajah ayah pun tenang jer. Tubuh pun tak berat sangat etc. Agaknya tu yang buat aku tak sedih sangat. Tapi bila bangun tidur, aku jadik termenung kejap. Subhanallah! Mimpi aku! Takut andainya ia menjadi kenyataan. Aku belum habis berbakti pada ayah mama lagi. Tak mungkin habis sampai bila2 pun. Jasa diorang banyak tak terbalas. Sampai aku tiba ditahap ni sekarang. Sejak hidup berumahtangga ni, aku sedikit sebanyak tertidak sengaja mengabaikan orang tua aku. Bukan mengabaikan macamana, cuma kengkadang dalam seminggu tu, aku terlupa untuk menelefon tanya sihat ke tak, wat apa, makan apa, etc. Selalunya almost every day aku akan call. Kengkadang tu tak de la borak apa sangat. Kalu diorang tanya ada apa call, alasan aku kengkadang "Tak de apa. Saja jah call". Tapi aku rasa tu dah cukup menghiburkan diorang. Last week was the worst. Seminggu kot aku tak tertalipon. Bila aku call jer, mama terus cakap," Lama tak call. Kenapa? Baru jer cakap ngan ayah lama budak2 ni tak call." Ayah jawab," Biar. Kita tak yah talipon." Huhu! Terasanya aku sebagai anak, sungguh tak prihatin ngan perasaan orang tua. Terus aku call adik2 tanya apasal tak tipon. Nak cover diri sendiri jugak kot rasanya.
Dulu masa keje kat kerteh, once a fortnight aku akan drive balik kelate, spend the weekend kat Kota Bharu. Now ni, dah pindah KL, semuanya dah berubah. Lebih2 lagi bila dah kawin ni, dah makin susah nak balik kelate. Dalam setahun tu, ada la 2-3 kali jer. Tu pun sebab raya puasa dan raya cina. Aku tak boleh nak wat keputusan sendiri, kena tanya hubby. Macam weekend ni cuti panjang, kalu dulu, mesti aku dah balik kelate. Tapi sebab weekend ni hubby kena keje, tak leh la aku balik. Tak pernah la pulak aku balik sorang tanpa hubby. Nanti rasa kesian lak hubby kat kl sorang2. Tersepit aku rasa. Tadi baru lepas call mama n ayah, tanya khabar diorang. Alhamdulillah, sihat. Syukur Ya Allah!

*****

Ni cite lain lak. Aku sebenarnya jarang pakai kebaya yang butang ketip (Kacing tah oghe kelate panggil). Tak suka sebab aku ni jenis yang lok lak skit. Dulu dah pernah jadi sekali, aku pakai gi keje, balik tu nak gi rumah auntie kat Bangsar sebab mama ada situ. Naik la teksi. Nak turun teksi tu, tah camane, tersangkut skit, tap-tap-tap-tap, butang terbukak. Mak! Nasib baik ada tudung cover and nasib baik tak bukak habis. Siot tul.
Pagi tadi lak, sebab dah lama tak pakai baju kebaya ni, aku pakai la gi keje hari ni. Hubby drop aku kat seberang jalan, so naik jejantas melintas. Then kena lalu tiang2 kat walkway tu (yg nak halang motor lalu kot situ), sekali srup-srap-srup-srap aku jalan, baju tersangkut kat tiang tu, TAP-TAP-TAP-TAP terbukak habis semua butang!!!!!! Sib baik takde orang kat depan n belakang, tapi mat2 motor penuh dok beratur kat belakang tempat nak masukkan coin untuk motor. Mak Oiii! Berderau darah aku. Sib baik tudung sebagai penyelamat lagi. Dan nasib baik jugak angin tak kuat masa tu. Kalu tak, free show di hari Jumaat la jawabnya aku. Aku berenti kejap kat tepi tu, dengan sebelah tangan jer (control supaya orang tak perasan), butang balik satu persatu. Huh! Nampaknnya, len kali pakai baju butang ketip ni, kena pakai kerongsang la. Dua kali dah jadik. Tapi tadi memang terkezut besar la. Sib baik jugak aku perasan. Gilos!!

Tu la dia cite hari Jumaat minggu ni. Senin cuti, so yahooo!!!! hureyyyyy!!!! Masuk lik hari Khamis.

Selamat Hari Buruh kepada semua buruh2 di Malaysia yang keje macam aku.... Wuhu!!!

6 comments:

Anonymous said...

Sori, lama dah tak singgah - sama2 busy kita.
Tak tau nak ckp apa abt ur dream. But I've lost my dad - so I know the heavy feeling of regrets that follow us when we feel that we're not doing enough. So, can we take that as a signal?
Mmg susah since tpt isteri di sisi suami tapi small2 things like the phone call (make sure you talk to both of them at least on different calls coz like my mak - depa kdg2 kecik hati kita ckp dgn sorang je & depa don't like to pas the fon jugak), send them pic of ur Adalia, kirim brg yg depa suka melalui adik-beradik yg balik (tanda u ingat wlu tak boleh selalu blk) etc. etc. Plg penting, doakan kesejahteraan mereka di dunia & akhirat - jaga maruah keluarga! Senang ckp weh, tapi I sendiri tak terbuat - in family we all takde hug2 ke, ckp sayang mak ke...so segan nak buat tapi alangkah best klu kita dpt buat kan?
Regarding kebaya kancing butnag ketip - I've one too..so sentiasa lady like je bila pakai - on the day yg tak kuarmasuk opis je..scary jugak bila terasa angin kat badan kan?

pB said...

tak ter imejin cam ner rupa masa tu..

mesti meroh me're muko...

nasib baik, terror ka ber ka ber lain gitu ...

dlt said...

rad, agree with u. that's why I went back to kelate last saturday with baby and my sis. bertiga jer. hubby tak leh balik. eventhough balik just for three days, at least rasa puas hati. our family biasa hugs and kisses and I lov U ni. ekceli bila masing2 dah besar lagi kerap sebut sayang mama, sayang ayah even thru the fon. bila dah berjauhan ni kasih sayang tu lagi terasa.

kak pb, hehe! nok meroh mere lagu mano, raso mace tak dok daroh muko. huhu! sib baik beg penuh, leh cover.

~ GAB ~ said...

Sorry le lama tak merayap ke sini. Busy le... cari makan.

My daughter dreamt of me being beaten up by Orang Asli the other day... It's funny. Funny because of all the the things, kena belasah dgn orang asli?... wahahaha

Hey, you have a good life DLT.

dlt said...

gab, takpe. menoreh tu penting untuk keluarga. sementara belum musim hujan ni, menoreh la banyak2.
Orang asli?? errr.... kenapa ye?

Darling said...

salam (merayau2 dr rad's blog)

i selalu buat kebaya akan letak kancing yg style cangkuk tu kat bhgn atas dan bawah (lupa apa org panggil) so kalau tersangkut pun takkan terbukak semua. lelain boleh le pakai butang ketip (ye ke namanya ni)