Bukan senang nak beli rumah ni ek? Aku heran camno orang boleh beli 2-3 bijik rumah. Aku nak beli satu pun pening kepala pikir. Dalam dilema betul.
Ekceli aku dah booked satu rumah ni, kat Alam Budiman. Tu kwsn perumahan baru. So facilities sure2 la tarak lagi. Tapi dlm plan tu nanti akan ada la sekolah rendah, surau, tadika, dewan, plot perniagaan etc. Cumanya lambat atau cepat tu tak tau la.
Yang jadik dlm dilema skrg ni ialah rumah tu leasehold. Ramai orang dok citer keburukan leasehold ni. Unless tempat tu nanti jadik hotspot cam Mutiara Damansara, even leasehold pun harga naik mencanak-canak. Rumah kat AB ni memang ler built-up dia besar. 2XXX sqft. Rumah yang aku dok skrg ni, Bukit Subang, built-up dia cuma 15XX sqft eventhough luas tanah lebih kurang sama, 20 x 70. beza 2' jer. Menambahkan lagi kekonfiusan aku is, tuan rumah skrg ni nak jual gak rumah tu. Siap bagi spesel offer kat kitorang sebab we are the first tenant kat rumah tu. Cuma rumah tu cantik luaran, tapi dalaman tak berapa belen skit. Eh! Bukan sikit, banyak ekceli. Banyak waste space. Aku tak paham camno architect design rumah tu. Master bedroom jer besar, tapi bilik2 lain semuanya kecik. Tak muat nak letak katil double pun. Bilik bawah memang cam kotak jer la. Family kitorang datang semua nye tidur kat luar, sama ada kat ruang tamu bawah or kat family area kat atas. Sedih jer aku rasa. Kalu aku angkat rumah ni, maknanya nanti kena spend duit renovate bilik2 tu. Baru selesa skit. Tapi rumah ni end lot, so ada la skit tanah (dlm 5' belakang n sisi) kalu nak renovate. Mau cecah >40K. Adoi la...
Tapi yang bagusnya, rumah ni freehold. And jenjiran aku yang happening tu, rasa sedih la pulak nak tinggal. Sebab semangat kejiranan macam tu susah dah nak dapat kat tempat lain. Kalu rumah ni belen, tak yah renovate, aku sapu jer rumah ni. Sebab bila aku calculate balik, kalu aku renovate rumah ni, campur ngan harga rumah, akan melebihi rumah kat AB. AB tu aku booked corner lot.
Camno aku mampu corner lot? Hehe! Aku pun tak tau. Tapi hubby kata kalu nak beli leasehold, memang nak cari corner lot. At least kendian kalu nak jual, ada la jugak orang nak beli. Betul idak teori tu tak tau la aku. Sebelum ni aku dok tanam dalam pikiran aku, kitorang ni tak mampu nak beli rumah berharga sedemikian. Tapi selepas restructure balik kewangan kitorang, rupa-rupanya kitorang dah mampu beli rumah. Huhu! Rezeki Allah nak bagi. Syukur.....
Camno ni? Nak pecah kepala aku pikir hal rumah ni.
Kelebihan BS:
- Freehold
- Dekat sekolah rendah, tadika, surau, kedai, klinik etc. & goreng pisang sedap. hehe!
- Jenjiran memang bagus nye.
- Rasa selamat sebab rumah end-lot, tengah2 row, sebelah Bistro (tempat lepak)
- 3 phase
- Lorong tu jalan mati, so kete tak sibuk sangat. Tak risau anak main kat luar.
Keburukan BS:
- Rumah tak belen, bilik kecik so kena renovate kalu nak selesa
Kelebihan AB:
- Rumah belen, built-up besar, spacious, so tak yah pening2 renovate.
Keburukan AB:
- Tak tau ler buruk ker idok, tapi jenjiran tak tau lagi camno. Dpt yang happening, ok la, tapi dpt yang kerek, tensi la hidup.
- Sekolah tak de lagi yang terdekat. Developer kata yang paling dekat Meru, Klang. Mak aii!!
- Klinik yang paling dekat pun tak de lagi.
- Kedai pun tak de lagi. Sepanjang jalan tu memang tak nampak pun existing facilities yang dah ada. How?
- Single phase.
- Bukan jalan mati. Kat simpang.
- Rumah hujung kat simpang, so in term of safety tu, kena take extra precaution la.
Tapi segala keburukan ni not actually keburukan lar, more to uncertainty of not knowing the future there. Sebab tempat baru. Nak kena tunggu membangun dulu. Then baru tahu baik buruknya. Cuma tak tahu berapa lama. Tu jer. Tapi rumahnya cantik banget! Kalu tak caya, try surf Alam Budiman.
Tolong..... nak pecah kepala pikir pasal rumah ni. Ni jenjiran tak tau lagi ni. Kalu tahu, sure hubby kena skolah ngan diorang ni. Mesti kena soal siasat apa yang hubby tak puas hati ngan diorang ni sampai nak pindah. hehe! Mental torture tu. Cik poii, kalu terbaca posting ni, shhhhh....... rahasia kita berdua yer. Master Din pun tak leh tau gak ni. Sampai bila dah konferm. Nanti kite bagitau. Janji tau *sambil jari kelingking berkait*
Oh ya, senangnya dalam hati, baby nak tumbuh gigi. Setelah setahun empat bulan, akhirnya baby tumbuh gak gigi. Risau aku. Hari2 dok usap gusi baby suruh tumbuh gigi. Ye la, mana la tau kot gigi tu merajuk tak nak tumbuh, tak ke naya. Weekend hari tu, nampak cam putih2 bergaram nak kuar gigi. Wuhuuuu!! Atuk kata gigi kapak kot sebab lambat sangat tumbuh. Kat atas lak tu dua batang. Budak lain tumbuh gigi bawah dulu. huhu! Apa-apalah janji tumbuh gigi.
11 comments:
ari tu aku lalu ke arah puncak alam.,.,.,mak aiii..jauhnya,,,so,if tanya aku, BELI UMAH SEKARANG TU!!! dah sedang elok dah tu,,,,;--))
nyah, ekceli tak ler sampai puncak alam. kalu mung lalu situ, mesti mung ada nampak perumahan bata merah tengah buat. kat situ la. after tasik ker lombong ker hapa tah dkt UiTM puncak perdana. tak banyak pun beza distance skrg ngan yg tu. hubby aku pun berat ker AB. aku ler sebenarnya dlm dilema.
yer la aku pun tak tau cam maner nak bagi suggestion. byk sgt pro & cons nyer..
pisces, tu la kan. fenin woo.... tunggu la pisces nak beli rumah nanti. fenin... fenin.... dok kat rumah ran lagi baik la. tapi nanti fenin nak pikir pokok mana lak nak duduk. hehe!
Bagi kak lady...yang penting bagi sesebuah rumah ialah facilities yang dekat...dekat dengan sekolah, dekat dengan bandar senang nak kluar...lagipun akak tengok kat BS tu sedang cepat membangun...sana sini akak tengok orang tengah buat umah...
Tempat tusyen anak2 pun dekat kan?
Cuma rumah tu kecik aje lah...tapi kalau end-lot memang best sesangat...ade duit kita boleh renovate...
Satu lagik akak suka kalau duduk dengan jiran2 yang baik dan dah serasi dengan kita...kalau kat alam budiman tu...akak rasa jauh...
Apa-apa pun bincang lah dngan cik abang tu elok2...banyak pro & kontra kan?
tu la kak lady. saya sebenarnya yg pening kepala ni. hubby kata anak kecik lagi, so maybe dalam masa 5 tahun tempat tu dah ada sekolah, facilities lain etc. jiran dia kata memang sayang nak tinggal, tapi dia kata nak gak merasa komuniti baru, tak de la stick to one community jer. at least social berkembang ler skit. cam no ni???
Tak payah pening...beli tiga tiga sekali.
djinsakti, haha! andainya ku kaya. Aamiin!
tiga? mana lagi satu lokasi ek?
wahh..ada hati nak tinggal kan bistro eh...ehh kita eh? sapa nak basuh cawan² bistro tu selain kita?..ahakss! For me larr.. amat la suka ngan environment jejiran 13B skang ni. Walaupun meluat kat bistro tu ha, tapi at least sikap bermuafakatan tu ada. sorang pi dangdut, satu lorong pi..wakakakaka! (acah mak enon)..
buat yg terbaikkkk...hikss! janji tak bagitau din master tapi bagi hint suh baca blog cik dlt bleh? :p
wakaka... pandai memutar belit janji ek? debush! debush!
mmg ler jenjiran ok sengsangat. tu yg wat berat hati sgt tu. tapi tu la, demi masa depan kita bersama, biarlah saya mengundur diri. chewahh!! nanti leh lagi join lepak kat bistro. wat function jgn lupa ajak.
gelas bistro? hoho! suruh orang yang beli rumah tu la basuhkan. tapi kalu dapat yang kerek, pengsan la hubby gue kena skolah nanti. memang kitorang akan terkilan sampai tua la kalu bistro nanti tak jalan. huhu!
so dah buat keputusan belum..
kalau belum you can register www.alambudiman.net kita forum di sana..
Post a Comment