Pernah tak kita fikir
Bila kita pinjam duit dengan orang
Atau bila kita mintak orang jadi penjamin
Bila kita nak mintak loan dengan bank
Mungkin masa kita pinjam tuh
Orang tu berkemampuan nak bagi kita pinjam
Dan atas percayakan persahabatan
Orang tu sanggup jadi penjamin
Semata-mata tak nak menghampakan kita
Yang mungkin masa tu dalam kesusahan
Mungkin masa tu kalau orang tu mintak belanja selama sebulan
Pun kita sanggup
Tapi pernah tak kita fikir
Sekarang bila kita dah dapat duit
Bila kita nak bayar semula hutang tu?
Atau bila pinjaman dah lulus
Duit dah habis guna
Kita bayar ker ansuran bulanan kat bank?
Atau kita Cuma buat-buat lupa
Dengan harapan orang yang kita pinjam tak cari kita
Dengan harapan bank tak kejar kita
Maka kita pun hidup macam biasa
Seolah-olah kita tak de hutang
Tapi pernah tak kita fikir
Bahawa hidup ni macam roda
Sentiasa berputar
Yang atas tak sentiasa di atas
Pasti bergolek ke bawah jugak
Mungkin orang yang kita pinjam tu dalam kesusahan
Tapi punyalah segan nak mintak balik hutang
Seumpana dia pula yang berhutang dengan kita
Tebal muka kalu nak mintak semula orang bayar hutang
(ni jadik pada aku, last2 tak jadik mintak sampai la ni)
Kalau wat pinjaman dengan bank
Bila kita tak bayar
Nama jadi blacklist
Mungkin kita kata
Ah! Takper… bukan nak pinjam lagi
Tapi pernah tak kita piker
Kawan yang jadi penjamin tadi
Turut sama kena blacklist
Maka tak dapatlah juga dia membuat sebarang pinjaman
dengan mana-mana bank pun kat Malaysia nih
Pernah tak kita fikir
Kita telah menyusahkan kawan yang baik hati menolong kita
Suatu masa dulu
Di kala kita kesusahan
Pernah tak kita fikir
Berkat kah hidup kita ni
Dengan hutang yang tak dibayar
Dengan kita menyusahkan orang lain
Tapi sebenarnya kita MAMPU untuk bayar
Cuma kita rasa itu tak penting
Mungkin juga kita rasa kita akan bayar
Bila cukup amaun dalam tangan
Konon nak bayar sedebuk
Tapi ambik ko sedebik
Kawan kita dah tak menghalalkan segala-galanya
Sampai ke akhir keturunan
Pernah kah kita fikir
Hidup tanpa keberkatan
Apa akan jadi pada anak-anak kita
Pernahkah kita fikir
Dosa kita pada kawan kita
Tak dimaafkan sampai mati
Pernah kah kita fikir
Saat kematian menjelma…..
Cubalah untuk melangsaikan hutang
Walau sikit-sikit jer tiap-tiap bulan
Tapi pasti lupus akhirnya
Mungkin makan masa setahun, 5 tahun, 10 tahun
Tapi akhirnya pasti langsai
Tak yah lah nak tunggu kita ni kaya
Ada duit segumpal baru nak bayar
10 tahun lagi pun tak mungkin kita kaya
Jika kita hidup tanpa keberkatan
Andainya kita hidup bermewah
Melebihi pendapatan kita sendiri
Jadi… tolonglah bayar pada sapa-sapa yang berhutang
Sama ada dengan individu atau pun dengan bank
Jangan susahkan orang yang pernah menolong kita masa kita susah
Kalau satu hari nanti kita jatuh terduduk
Orang yang sama dah serik nak tolong lagi
Bayarlah, sebelum kita mati menutup mata tanpa kemaafan dari kawan kita itu….
Nukilan hati sebal atas apa yang terjadi pada adik aku yang dianiaya ‘kawan’ sendiri, yang sekarang nih dok melarikan diri, menghilangkan jejak, sebab tak nak bayar loan dengan bank yang mana adik aku jadi penjamin. Yang aku bengang tahap dinasour, loan tu di gunakan untuk KENDURI KAHWIN yang semacam GRAND.
Nasihat aku pada yang belum kawin dan nak kawin, berbelanjalah mengikut kemampuan kita. Kalu betul2 takde duit dan terpaksa buat pinjaman, tolonglah pastikan bayar tiap-tiap bulan supaya tak menyusahkan penjamin.
Dengan bank pun bengang gak tapi itu citer lain kali.
No comments:
Post a Comment