Wednesday, December 13, 2006

Happy 1st Birthday Hani 'Adalia...

Look at the tickers above..... yey!!!

Nama: Hani ‘Adalia (seperti yg diregisterkan oleh abah)
D.O.B.: 13 Disember 2005 (Hari ni lerr…)
Tempat Lahir: Putrajaya (Kat Hospital bukan kat Pejabat PM)
Profession: Explorer (maklum la. Skrg ni proses mengenal benda2 baru. Meng’explore’ kebolehan diri)

Bakat kebolehan setakat hari ini:
- Merangkak (expert)
- Berdiri (siap leh joget and bertepuk tangan)
- Berjalan (tapi kena pegang orang ler sebelah tangan. La ni baru pandai 4-5 langkah then jatuh)
- Memanjat (habis kerusi atok dia panjat2 langkah2 tawaf dari hujung ke hujung)
- Menari (pantang dengar muzik)
- Bertepuk tangan (especially bila orang puji PANDAIIIII…..)
- Salam (mula2 cium tangan tapi kalu nak eksyen, shakehand jer)
- Kiss (muncung2 mulut and kadang2 nganga kiss orang. Habis air liur melekat)
- Naik turun tangga (dulu merangkak jer, la ni dah berdiri sambil pegang tiang tangga. Sabor je la)
- Main air (sambil merah2 mata main air, tapi tak nak stop)
- Menyebut TIK (untuk CANTIK esp. bila tengok lampu), DAP (untuk SEDAP bila makan), CAT, MEOW dan "chit, chit" bila panggil kucing (MAMI ngan ABAH tak pass lagi tapi CAT dah terer).
- Buat muka BUSYUK….. (senget2 mulut, congek2 hidung wat busuk)
- Main ngan soft toys
- Membuka drawer and almari
- Membuat lontaran vokal AAAAAAAA………
(panjang lak nafas dia)
- Tunjuk2 (straight tu jari bila tunjuk esp. bila ajak abah jalan)
- Angkat tangan (ni pun straight gak. Sampai senget2 kepala. Paling laju bila kita tanya, "Sape nama Hani ‘Adalia angkat tangan." Hehe! Kengkadang tu tanya sapa nama Mek Tok pun angkat tangan gak)
- Mengambil angpow tanpa teragak2 even tengah mamai2.
- Menyelongkar handbag mummy, wallet abah, dan segala macam beg2 lain.
- ‘Mengemas’
(Camno rumah nak kemas?)
Minat:
- Menari (macam yang mummy cite kat atas)
- Main ngan kucing (gelinyeeeee….)
- Main dengan teddy bear (Cik Su bagi. Di cium2, gigit2 sampai naik masam bear tu esp. tang hidung), kucing (ni actually leopard Pak Su dia tapi masa introduce hari tu terkata CAT), elephant (guard makro bagi), Tiger (Cik Su gak bagi tahun lepas masa baby belum jenguk dunia lagi), penguin (Cik Yan punya).
- Naik turun tangga (exercise ni)
- Gi jalan2 ( ni ngan abah dia. Suka sangat gi jalan2 luar rumah. Lepak kat Bistro. Kalu dia dah start tunjuk2 tu, nak jalan ler maksudnya)
- Tengok lampu2 dan semua benda yang bercahaya (ni memang feveret dari kecik. Sbb tu dia suka tengok KLCC. Mummy lak allergic ngan KLCC)
- Makan (semua benda kalu boleh nak makan, esp. makanan orang dewasa)
- Tengok iklan (Tok ayah sampai tanya macamana baby leh bezakan antara iklan ngan cerita. Cekap betul)
- Dengar Azan kat RTM1
(Channel lain kurang konsentrasi skit)
Minuman kegemaran: SUSU IBU

Makanan kegemaran: Apa yang orang dewasa makan.
Jumlah kasut/selipar setakat hari ni: 4 pasang (tapi yang mula2 sekali tu dah hilang sebelah so beli la yang lain exactly the same )
Jumlah topi: 2 (satu Pak Andak bagi lagi satu mummy belikan)
Bilangan mainan: Banyak tak terhingga. Piano, ducks, elephant, benda tolak2 ada muzik, stack rings, dadu besar, dadu kecik, kereta etc.
Negeri yang dah sampai setakat hari ini: Selangor (of course la kan sebab dok Selangor), KL, Putrajaya, Kelate (ni kg halaman mummy), Johor (kg halaman abah), Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Genting Highland (negeri mana ek?)
CD kegemaran: Barneys
Buku dimiliki: 6 buah kot or more (lupa lak)
Gelaran kat lorong rumah: Baby Bistro (sebab selalu lepak ngan abah)
Aksi mendebarkan pernah buat: Merangkak keluar rumah sampai ke pagar tanpa disedari Mummy dan Abah (Nasib baik Ayah Su tengah lepak kat bistro malam tu. Tak leh imagine kalu baby merangkak keluar pagar sampai ke jalan. Malam lak tu. Pagar lak tak tutup. Eeeeiiiissshhh…)
Milestone yang belum tercapai:
- Berjalan
- Tumbuh gigi
(satu pun tak de lagi. Nasib baik sengeh gusi cantik hehe)

Selamat Ulang Tahun anakandaku
Setahun sudah berlalu
Dari masa Bonda melahirkanmu
Sungguh cepat rasanya masa berlalu
Setiap masa setiap ketika
Doa Bonda bersama anakanda
Semoga membesarnya anakanda nanti
Sentiasa dalam lindungan Allah
Menjadi hamba yang beriman beramal soleh padaNya
Menjadi anak yang solehah setiap masa
Menjadi insan secerdik Luqman Al-Hakim
Menjadi puteri secantik Nabi Yusuf
Menjadi wanita setabah Mariam
Menjadi warga berakhlak mulia seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Selamat Ulang Tahun anakandaku
Bila dewasa kelak
Jangan dilupa jasa ayahanda dan bonda
Membesar dan mendidikmu
Hayatilah ajaran agama
Berpegang teguhlah padanya
Agar satu hari nanti
Pabila mana ayahanda dan bonda menutupkan mata
Anakanda bisa sentiasa berdoa
Mensedekahkan ayat-ayat suci
Agar tenang ayahanda dan bonda
Di tempat nan abadi.
Selamat Ulangtahun yang Pertama
Wahai permata hati Bonda.

7 comments:

Nik Ha said...

Salam kenal. Hop dr blog kak PB. Cantik nama ank DLT. Happy 1st birthday uk dia :)

Idham said...

dlt...

S E L A M A T H A R I L A H I R puteri hani 'adalia ...

sungguh berbakat tu...bakat ambik angpau hehehe....adakah itu mendapat bakat mama?

gembira seorang ibu...bersama debaran dan harapan.

selamat terus menjadi ibu mithali kepada puteri tersayang ye DLT.

Abe Id.

Anonymous said...

Hepi b'day lil 'Adalia

from:
Uncle Zafran, Auntie Sall, Syabil and Syasya

ps: b'day present dis year claim dgn mami n abah ye.. :D

dlt said...

nznm, welkam. nama tu abah dia yang pilih.

abe id, mesti la bakat dari mummy dia. well trained. hehe! dua kali raya mesti la terer. raya puasa and raya cina.

zafran (i guess u wrote the comment since sall still berpantang), thanks. thinking of visiting ur newborn this week but have to work. next week maybe. masa tu leh claim present from uncle zafran and auntie sall. hehe! jangan kitorang gi, kunci pintu dah ler....

Anonymous said...

Hepi besday 2 'Adalia! Wah, kita share the same star sign lor...heheheh..Makcik rad takde pressie ok cuma hugs & kisses je for you...

pekan said...

Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday Hani 'Adalia..
Happy Birthday to you..

*clap* *clap* *clap*
*muahhhh* big kiss utk Alia..

dlt said...

auntie rad, hugs and kisses jer? alaaa....
when is ur birthday?
and still cannot remember ur password? create a new one laa... make it rad rev1. haha!

auntie pisces, thank you thank you thank you *flying kiss to anutie pisces*