Wednesday, December 20, 2006

Negaraku terchenta...

Tol naik lagi! Huh! Aku pengguna tol yang setia terpaksa la menanggungnya. Itu Uncle cakap punya la sedap. Dia tak pe la. Bukan kena bayar tol pun. " Kalu mahu guna kemudahan, kena la bayar. Kalu tak mahu bayar, jalan persekutuan ada. Tapi kalu guna jalan persekutuan, kalu balik raya, lepas raya baru sampai." Mak aiiii!!!!!! Sedap mulut jer cakap. Itu uncle tarak apa la. Gaji sudah busat. Tol kerajaan tanggung. Tak payah susah2 berjem2, bersesak2 kat jalan raya. Nenong! Nenong! Nenong! Ke tepi! Ke Tepi! Pak Menteri nak lalu. Maka kite2 yang tengah bersesak2 ni, menghimpit2 la lagi bagi laluan kat Pak Menteri / VIP nak lalu. Tak bagi kang, tak pasal2 dapat saman / kena marah ngan bapak polisi bermotor besar.

Kalu gaji rakyat ni naik ok la jugak. Ni tak. Gaji cam gitu jugak. Tapi segala mak nenek semua naik. Tol, minyak (ni lagi satu), harga barang2 runcit, letrik, air, dan semua2 lagi lah.Camno nak cover semua tu? Bagi yang bergaji best ok la, tapi yang berpendapatan sederhana / rendah, camno diorang nak survive? Cuba kita pikir, lalu jalan persekutuan (yang selalu dikorek timbus korek timbus sampai berlopak2 sebab bila tar balik, tak pernahnya perfect), jem, terpaksa brek2. Jauh lak tu. Minyak mahal. Tapi bila jalan skit brek, jalan brek, minyak pun makan banyak. Nak lalu hiway, tol lak naik. Macam kes aku, aku guna hiway, tapi lepas jer hiway, or sometimes nak kuar hiway, beratur punya la panjang, sebab lepas jer tol tu, masuk jalan persekutuan, jem tak hengat punya sebab dari 7-8 lane jadik 2 jer... Those yang guna NKVE exit kat Damasara pagi2 akan tau macamana sesaknya jalan tu pagi2. And the traffic goes all the way to my office. From SA to the exit takes about 20 mins. But from the toll booth to the office, yang biasanya leh sampai less than 10 mins, will normally takes about 30 mins.

Kerajaan nak mengurangkan subsidi kepada rakyat dengan membebankan rakyat. Pastu duit yang sepatutnya disubsidikan kepada rakyat digunakan untuk apa? Wat bangunan besar2, wat taman cantik2, and segala mak nenek lagi. Please la...Kata nak improve public transport, tapi satu hapah pun tak nampak. Except for Rapid kl la kot. Tak de plan lagi ke nak expand the lrt services? Make it known to public their plan to improve the public transport in Malaysia. And we are talking about KL/Selangorian especially. We have to pay for those facilities we used everyday, at a high cost. Aku tak kisah kalu guna highway kena bayar tol, tapi at a reasonable rate la. Used the NPE once, mak aii.. tol dia, dah lah mahal, dua kali lak tu nak kena bayar.

Before they want to increase the toll rates etc, improvise the public transport first. Then only people will use more public transport and less vehicles will be on the road. But if less vehicles on the road, meaning less people paying the tolls hence the need to increase it much higher is there, to cover their debt as they said it. Hutang rakyat tak nak kira ke?

Then bila ada yang berhutang dengan ALONG, dah start bising2. Ingat senang ke nak wat loan ngan bank? Bermacam2 procedure we have to go thru. Tu belum tentu lepas. Agaknya diorang ingat those people yang berhutang ngan ALONG saja suka2. Kenapa tak dikaji kenapa those people turn to ALONG instead of bank? Why??

About the increment in toll rate, aku sendiri hafta pay RM32/month more than what I am paying now. All in all, aku kena bayar RM12.40 perday x 20 days = RM248 per month. Untuk gi keje je. Lum masuk leisure lagi. Mak aiii... Minyak lagi. Mahu kopak wa cam gini. Tapi nak tak nak kena la jugak keje. Kalu tak sape nak bayar all the bills. Bila la nak ada lrt from SA to Damansara????? Hmmmmm.... I have to keep on dreaming. Mana la tahu kot one day, tetiba kerajaan bukak mata nak buat. Kengkadang aku terpikir, apa la gunanya bancian lalulintas yang tiap2 tahun buat tu? Tak nampak ke depan ofis aku ni jem dia tak hengat punya?

Last year, PM said, kerajaan tak akan naikkan lagi harga minyak untuk tahun depan. meaning tahun ni la. And the year is reaching its end in the next few days. And yes, harga minyak maintain(at a high price I tell u). Well, now harga minyak dunia dah turun. Tak de ura2 ke nak turun kan balik harga minyak? Instead, aku ada denagr rumours, harga minyak nak naik lagi sampai 50sen tahun depan. Apa ni? If it is true, tak tau la aku. Jatuh lah kerajaan yang ada sekarang ni. Wahai Pak Menteri, kasihanilah rakyat jelata yang berpendapatan tak seberapa ni.....

Aku jarang nak bercerita hal2 "heavy' cam gini. Tapi memang betul boring la if our government asyik dok naikkan harga barang2 / perkhidmatan jer. Camno rakyat nak maju? Camno rakyat nak hidup selesa? Hari2 pikir pasal duit jer. Pasal duit laki bini boleh bergaduh, pasal duit, adik-beradik boleh bermasam muka, pasal duit kawan2 boleh berpaling punggung. Bukan Pak Menteri jer nak hidup selesa, kitorang rakyat yang menjana ekonomi negara ni pun nak jugak hidup selesa. Kitorang tak mintak jadik kaya cam Pak Menteri, tapi cukuplah hidup tak dibayangi hutang2 and tak payah penat2 perah otak pikir mana nak cekup duit buat belanja tiap2 bulan........

NENONG! NENONG! PAK MENTERI NAK LALU............

4 comments:

pekan said...

aik.. apsal n3 toll ni lambat.. dah seminggu baru kuar..

tapi tu la, mcm sy type kat n3 sy tue.. baca komen sy, toll yg sy bayar tu bukan final tue ader lagi anak cucu cicit nyer tue.. mmg sakit hati kalau pikir pasal minyak & toll jerk.. pegi keje pun rasa mcm terpaksa sbb dapat gaji jer, nak kena bayar segala mcm utang-piutang.. tak masuk makan minum lagi, duit parking lagi..

harga minyak tak yah citer la, mmg sakit hati.. masa tun M, naik pun 10sen je, nie sampai 30sen.. nak harapkan public transport kat puchong tue, emmm.. baik tak yah harap..

beratur panjang lepas toll tu, mmg sakit hati, kalau biasa tak sampai 2 minit dah sampai ofis, tapi bila pepagi tu, lebih 20 minit jadinyer.. tu lepas toll, sblm toll tak campur lagi tue..

dlt said...

hehe! entry ni lambat sebab public transport kite lembab. haha! actuallynya bz giler last week tak sempat nak post entry baru. ni baru relax skit. tu yang ketinggalan keretapi jap tu.
bila dah pencen nanti cita2 nak dok kat kg la. toll takde, so tanggung minyak je la. makanan pun murah, rumah pun murah.

silversarina said...

After reading ur entry, I feel relief sangat coz I'm still staying abroad where highways and most of the parking lots are still free of charge....

Well, "Barang Naik " is people's choice, so bear with it...

dlt said...

loveujordan, enjoy ur stay while u r abroad. nanti lik mesia, culture shock lak nanti. everything is so different nowadays. good and bad. kalu gi jalan tar tu, parking kete can reached up to RM5-6 per entry. Gosh!
and u r rite. barang naik is people's choice. kite nye union kat sini tak kuat. we just let others control our life, we can't control it ourselves. so sad..... kita ni jenis yang tak bersatu.
ni yang dikatakan MALAYSIA BOLEH. harga barang naik, BOLEH! semua boleh.